SYARAT KEMASUKAN PROGRAM SARJANA MUDA SEPARA MASA UTEM

LEPASAN DIPLOMA / SETARAF

SYARAT AM UNIVERSITI

 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM; 

atau

Bagi CALON yang TIDAK mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM

MESTI lulus dengan KEPUJIAN dalam mata pelajaran tersebut sebelum bergraduat.

dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

dan

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2016 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am;

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2016 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

atau

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum bergraduat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM SARJANA MUDA SEPARA MASA UTEM

LEPASAN DIPLOMA / SETARAF

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

LEPASAN DIPLOMA

Lulus Diploma Kejuruteraan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang berkaitan dari institusi-institusi yang diiktiraf serta mendapat kelulusan Senat Universiti;

atau

Bagi calon-calon yang mendapat PNGK dari 2.00 – 2.99 dari program diploma yang dinyatakan di atas dan mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan juga layak memohon.

ATAU

Lulus Diploma Teknologi Kejuruteraan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.30 dalam bidang berkaitan dari institusi-institusi yang diiktiraf;

atau

Bagi calon-calon yang mendapat PNGK dari 2.00 – 3.29 dari program diploma yang dinyatakan di atas dan mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan juga layak memohon.

ATAU

Lulus peperiksaan STPM atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam setiap mata pelajaran berikut:-

  • Pengajian Am
  • Mathematics (M) / Mathematics (T) / Further Mathematics
  • Physics
  • Chemistry

atau

  • Pengajian Am
  • Mathematics (M) / Mathematics (T) / Further Mathematics
  • Chemistry
  • Biology dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred 4B / B) dalam mata pelajaran Physics diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

ATAU

Lulus peperiksaan Matrikulasi KPM/Asasi UM/Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dalam setiap mata pelajaran berikut:-

  • Mathematics / Engineering Mathematics
  • Physics / Engineering Physics / Engineering Science
  • Chemistry / Engineering Chemistry / Electrical and Electronic Engineering Studies / Civil Engineering Studies

atau

  • Mathematics
  • Chemistry
  • Biology dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred 4B/B) dalam mata pelajaran Physics diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

DAN

Calon tidak rabun warna / buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.