SYARAT KEMASUKAN PROGRAM SARJANA MUDA SEPARA MASA UTEM
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
SYARAT AM UNIVERSITI
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM;
atau
Bagi CALON yang TIDAK mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM
MESTI lulus dengan KEPUJIAN dalam mata pelajaran tersebut sebelum bergraduat.
dan
Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;
dan
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2016 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am;
atau
Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2016 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
atau
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum bergraduat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM SARJANA MUDA SEPARA MASA UTEM
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
LEPASAN DIPLOMA
Lulus Diploma Kejuruteraan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang berkaitan dari institusi-institusi yang diiktiraf serta mendapat kelulusan Senat Universiti;
atau
Bagi calon-calon yang mendapat PNGK dari 2.00 – 2.99 dari program diploma yang dinyatakan di atas dan mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan juga layak memohon.
ATAU
Lulus Diploma Teknologi Kejuruteraan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.30 dalam bidang berkaitan dari institusi-institusi yang diiktiraf;
atau
Bagi calon-calon yang mendapat PNGK dari 2.00 – 3.29 dari program diploma yang dinyatakan di atas dan mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan juga layak memohon.
ATAU
Lulus peperiksaan STPM atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam setiap mata pelajaran berikut:-
- Pengajian Am
- Mathematics (M) / Mathematics (T) / Further Mathematics
- Physics
- Chemistry
atau
- Pengajian Am
- Mathematics (M) / Mathematics (T) / Further Mathematics
- Chemistry
- Biology dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred 4B / B) dalam mata pelajaran Physics diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
ATAU
Lulus peperiksaan Matrikulasi KPM/Asasi UM/Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dalam setiap mata pelajaran berikut:-
- Mathematics / Engineering Mathematics
- Physics / Engineering Physics / Engineering Science
- Chemistry / Engineering Chemistry / Electrical and Electronic Engineering Studies / Civil Engineering Studies
atau
- Mathematics
- Chemistry
- Biology dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred 4B/B) dalam mata pelajaran Physics diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
DAN
Calon tidak rabun warna / buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.
*Kemasukan pelajar secara Akreditasi pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (APEL) adalah mengikut garis panduan MQA dalam Buku Panduan APEL untuk Pelajar.